Pada artikel yang lepas,saya sudah menunjukkan tutorial bagaimana hendak jailbreak iDevice anda yang sudah update dengan firmware terbaru 5.0.1. Tetapi jailbreak tersebut hanyalah jenis tethered. Kali ini saya akan membuat tutorial Untethered Jailbreak pada iPad 1, iPhone 4 dan iPod yang sudah mempunyai firmware 5.0.1. Tutorial ini untuk windows. Untethered ni anda tak perlu cucuk guna USB dan masuk itunes.Anda boleh ON iDevice anda terus. Ini la jailbreak yang anda cari.
Langkah Pertama:
Sila download Redsn0w yang terbaru untuk windows disini.
Kemudian update firmware anda kepada 5.0.1. Kalau tak tau, buka itunes dan akan suruh update kepada firmware 5.0.1. Anda klik saja update.
ATAU download firmware sini untuk
ipad
iphone
ipod
**Open itunes.Tekan Shift dan restore.Kemudian pilih firmware.
Langkah Kedua:
Jika semua langkah pertama sudah dibuat, kita mulakan dengan langkah kedua. Sila extract Redsn0w yg telah anda download dan sila buka fail tersebut dengan klik dua kali untuk "Open".
Langkah Ketiga:
Kemudian klik pada butang "Jailbreak".
Langkah Keempat:
Cucuk iDevice anda dan pastikan OFF kemudian klink NEXT.
Langkah Kelima:
Redsn0w akan memberi anda arahan untuk memasuki mode DFU.
Langkah Keenam:
Setelah berjaya, iDevice anda akan reboot. Jika tidak berjaya,anda harus buat semula DFU tadi.
Langkah Ketujuh:
Redsn0w akan jailbreak data iDevice anda.
Langkah Kelapan:
Sila pilih Cydia daripada list dan tekan NEXT.
Langkah Kesembilan:
iDevice anda akan reboot semula dan Redsn0w akan upload RAM disk baru dan kernel.
Langkah Kesepuluh:
Jika semuanya telah selesai, anda akan diberitahu. iDevice anda akan reboot semula (lebih kurang dalam 5 minit) dan sudah di jailbreak dgn Cydia dan Springboard.







